Dah lama tin tak update blog tin nih..memang terlalu bz sampaikan nk sentuh laptop sendiri pun susah..selain dari buat silkskrin kat alor star, tin kerja sambilan iaitu jadi seorang pengacau kat sebuah syarikat..kerja pengacau memang best..tapi tin tak mau ambil dah kerja nih
5 hari saja kerja dah dapat Rm500..memang best jadi pengacau..tapi tak larat, penat, letih otak nih memerah..heeeeee..tapi langsung tak sempat nak sentuh blog pun..tersedih la sangat sangat hati nih..
Hari yang indah akhirnya muncul..tin akan meninggalkan alor star untuk beberapa seketika kerana tin akan membuka kedai service komputer dan menerima tempahan silkskrin kat selangor..kat tasek puteri..yes!!!!tin tersangat la hepi dapat mengmbangkan perniagaan dan membuka satu lagi perniagaan yang baru lak..harap korang semua doakan kejayaan tin..
Ke bz an akan muncul lagi pasnih..peh!!!harap harap tin kuat menempuhi dugaan yang mendatang..sesiapa yang tinggal kat area tasek puteri tolong hubungi tin ok..tin nak minta pandangan dari penduduk tasek puteri tentang projek yang akan tin usahakan..
bz bz bz!!!!!!!
Eject/Close CD/DVD Tray Dari Desktop (Trick)
Bila koprang baca entri nih mungkin tin dah pergi jauh..acewah..jauh dari alor star ja pun..p kelantan coz kawan yang baik ati nih bagi wat kerja kat sana..huhuhu..tima kasih sangat-sangat..tak la boring terperap kat studio n asyik pebaik Pc orang ja..sekali sekala jalan-jalan tempat orang sambil wat kerja best la gak kan..ok2 tin tak mau merapu merapat dah..jom tin nak bagi tips atau leh dikatakan gak trick.
Membuka CD/DVD tray dari tempat nya sendiri adalah biasa bagi kita kan??apakata kita buat sesuatu yang baru lak dalam penggunaan cara membuka dan menutup CD/DVD tray korang hanya double click kat desktop dan membenarkan CD/DVD tray korang terbuka..
Korang nak belajar tak macam mana nak buat trick nih??jom kita sama-sama share kat sini..tin akan kongsikan dengan korang..
Langkah pertama:
Korang download yang nih dulu k..pastu korang extract..
Langkah kedua:
-selepas korang extract kan file tersebut dan korang akan dapat nircmd.exe dan nicmdc.exe.
-korang masukkan nircmd.exe dan nircmdc.exe ke C:\Windows\
Langkah ketiga:
Cara Membuat Shortcut Membuka CD/DVD Tray:
OK..memula tin nak tunjuk cara nak buka CD/DVD tray dulu..ia boleh digunakan pada PC/Notebook..
-korang right click di desktop>> shortcut>> dan masukkan C:\Windows\nircmd.exe cdrom open j: dan huruf yang bewarna hijau adalah drive CD/DVD room korang contohnya, drive d: e: atau lain-lain drive. korang gantikan huruf bewarna hijau ke CD/DVD room drive korang..
-korang next saja lepas tuh dan namakan sebagai open CD/DVD atau apa saja korang nak dan click finish..
Cara Membuat Shortcut menutup CD/DVD Tray:
*hanya boleh digunakan di PC sahaja..Notebook tak boleh pakai trick menutup CD/DVD room nih tau..
-korang right click di desktop>> shortcut>> dan masukkan C:\Windows\nircmd.exe cdrom close j:
-tukarkan huruf yang bewarna hijau ke huruf CD/DVD room korang..dan next dan namakan close CD/DVD atau apa saja korang nak dan click finish..
Ok..dah siap..korang dah boleh test dah..nak bg lawa lg icon korang tuh..korang boleh tukarkan icon korang ke icon korang nak dengan right click di icon tersebut>> properties>> change icon.. dan click ok dan korang pilih la mana-mana icon korang nak..
Taktau apa-apa jangan tak tanya ok..sebab trick nih rugi kalau korang tak belajar..
Webcam Max
Keseronokkan bila buat kerja sampai buatkan tin malas nak posting kerana terlalu penat..kali nih tin nak share satu applications yang dapat menyembunyikan identiti kita bila nak ber webcam2 nih..hehehehe..leh jadi org misteri gitu..

Dengan menggunakan Webcam Max nih kita boleh replace muka kita dengan gambar-gambar lain..korang leh masuukan text, movie, paint dan macam2 lagi la..mmg best sangat2..rugi kalau korang tak ambil tau tak..hehehehe..nak download amik ja..

Disable Shutdown Command Dengan Cepat

Jom tengok macam mana nak setel masalah nih..
Masalah nih pernah terjadi kat korang tak??setiap kali korang on PC/Notebook korang akan naik lah benda alah nih..tak pasal2 dia akn shutdown sendiri dan akan terjadi berulang2 kali..seorang kawan berjumpa tin menayakan tentang masalah nih..mungkin ramai juga yg dapat masalah macam nih..so tin nak berkongsi dengan korang "kalau2" la leh membantu korang..
Masalah nih terjadi akibat dari worm yang berada dalam sistem operasi microsoft atau dipanggil bugs tak silap tin..heeee..tak berapa nak ingat laaa..tapi itu la punca masalah nih..
Cara nak disable Shutdown Command nih sangat la mudah..hanya memerlukan kurang dari seminit sebelum PC/Notebook kita shutdown..cra nyamacam nih..
Right Click di desktop pastu pilih New>> Shortcut>> dan masuk kan "shutdown.exe -a" didalam kotak tuh dan korang letakkan ja la apa2 nama pun..
Setiap kali Shutdown Command nih naik korang terus clik shortcut tersebut dan secara automatiknya akan disablekan dan PC/Notebook dapat digunakan dengan normal..
Tapi selepas nih mesti masalah nih akan berulang apabila korang on PC/Notebook korang..korang patut megambil langkah lain seperti scan PC/Notebook korang dengan AV yang bersesuaian..contohnya seperti masalah ni..Avast! Antivurus sangat2 lah bersesuaian..korang perlu disable dulu AV korang sebelum menggunakan AV yg lain..
Penggunaan Super Anti Spyware Professional juga amat sesuai dengan masalah nih..
Harap2 post nih dapat membantu korang menyelamatkan PC/Notebook korang..
Labels
- applications (32)
- award (2)
- buat duit (1)
- cabaran (2)
- Contest (1)
- dari tin (6)
- firefox (4)
- free hosting (2)
- hack (6)
- help tin (1)
- Illusion (2)
- info (2)
- IQ test (7)
- jom main (7)
- lawak (12)
- link exchange (1)
- muslimoOds (11)
- my profile (2)
- nasyid (5)
- request lounge (1)
- Rubik's (5)
- tag (6)
- tips (13)
- trick (13)
- tutorial (14)
- virus (1)
- zikir (1)

