Sign In | Manage Account | Gmail

Kesangsian Mengenai Zikir

December 04, 2008 ·

Member tin banyak bertanyakan kelebihan zikir, pastu ada yg bertanyakan zikir nih betul ka??ada yang takot zikir tu baidaah, ada lagi yang bertanya zikir bukan ibadat??wajib ka berzikir??dosa tak tak berzikir??dan byk lagi.

Tin menasihatkan tanya la pada yang lebih pakar, jangan malu bertanya dan jangan la beri segan silu belajar semula mengenai Islam agama tercinta kita nih. Tin hanya leh bagi sedikit sebanyak, sebarang kesalahan mengenai artikel nih sila beri tunjuk ajar.

Ok kat sini tin berkongsi sedikit mengenai permasalahan kat atas, walaupun tak full tapi tin harap korang paham.

Mengenai Bidaah:
Allah swt perintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras.
[Surah Al-A’raf:55 dan 205]

Nabi s.a.w melarang berzikir dengan suara keras.
[H.R. Al Bukhari ,Muslim,Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad]

Nabi melarang orang yang sedang solat mengeraskan bacaan masing-masing .
[H.R. Abu Daud dan Ahmad]

*Orang yang solat dilarang mengganggu orang yang solat,sudah tentu orang yang di luar solat tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat terutama makmum masbuk yang menyempurnakan solat.

Ibnu Mas’ud (sahabat nabi) pernah menegur orang yang berzikir dengan suara keras dan mengetuainya.Mereka menjawab: Kami tidak menghendaki melainkan kebaikan semata-mata. Ibnu Mas’ud menjawab kembali: “Dan berapa banyak orang yang menghendaki kebaikan,tidak akan pernah mencapainya (tidak sama seperti al-Quran dan sunnah).

zikir dianjurkan,cuma cara mengerjakan tidak betul.

Contoh:
Zikir yang bidaah kenkadang menyebut nama Ustaz yangg mengajar , hmm..macam sebut nama sesesorang sampai macam kena rasuk ja. Kadang-kadang menjerit dan ada tin pernah membaca satu artikel yang zikir wajib beramai-ramai, wajib melagakan lutut, didahului dengan berzikir dan mengagungkan nama orang yang mengajar dan macam-macam lagi. Itulah Bidaah Zikir.

Imam As-Syafie tegas memerintahkan makmum dan imam masing-masing meyembunyikan bacaan.(Al Um-Kitab Solat bab Zikir selepas Solat)

Ok jom tgk hadis riwayat mengenai pemasalahan yang lain.

Zikir:
1. Ditentukan bilangan,waktu dan tempat
2. Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.
3. Tidak terikat dengan ketentuan.

Zikir datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih. Oleh itu, tidak dinamakan ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya. Zikir ini tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun hukumnya sunat. Adakah solat sunat dhuha boleh dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?

Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:
“Beberapa kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib, tidak akan rugi/kecewa orang yang mengucapkannya/ mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih (subhanallah), tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”


*[H.R. Muslim dan lain-lain.]
Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) kali.Kemudian mengucapkan(sekali):

Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.

Kelebihanya: Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”


Dari Zaid bin Tsabit, dia berkata:
Mereka(para sahabat) diperintah(oleh Nabi s.a.w ) bertasbih(subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga(33)kali, bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34)kali.Kemudian seorang lelaki dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga(33)kali,bertahmid tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir tiga puluh empat(34)kali?” Jawab lelaki Ansar tadai: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua puluh lima(25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil(Laailaha illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima(25)kali.”

Apabila aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan mimpinya itu.Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia seperti itu.”


Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:
“Orang-orang yang fakr telah datang kepada Nabi s.a.w,mereka berkata: “Orang-orang yang banyak harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa,tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat berhaji,umrah,berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w bersabda: “Maukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah brtasbih,bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat(fardu) tiga puluh tiga kali(masing-masing 33X).”


Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:
“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”


Dari Tsauban,dia berkata:
“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”


Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”


Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

5 komen:

Anonymous said...
December 4, 2008 at 7:26 PM  

Salam...

SubhanaAllah..Boleh tahan ilmu enta tin..Teruskan menggali ilmu pengetahuan ttg agama, dan kita kongsi bersama2 dengan rakan2 seperjuangan..InsyaAllah..takbir(3x)..

Dhada said...
December 4, 2008 at 8:06 PM  

Terima kasih utk info ini =)
Berzikir tu digalakkn cuma pd landasan yg btul kn .

Anonymous said...
December 6, 2008 at 5:43 PM  

nice post...
informative
:)

Anonymous said...
December 7, 2008 at 4:15 AM  

tu ah, kadanng2 aku pon tak paham, napa lah ada orang meninggi kan sora time solat..
sampai aku baca alfatihah pon tersyasyul..

tin kosong said...
December 7, 2008 at 9:42 PM  

thanz tempayanbudu..info yg bagos utk semua kan..
emm..selagi kita ikot sunnah yg ditggalkan rasul..insyaAllah kita di jalan yg benar dhada..
deen..aku pun cmtu gak..kdang2 aku pun tsasol..heee..susah tol..

Followers

Feed Burner

Sila click komputer berlari yer

atau masukkan emel korang untuk software dan trik menarik:

Delivered by FeedBurner