Sign In | Manage Account | Gmail

Qunut Nazilah

January 02, 2009 ·
Kemana tin solat, di masjid atau mana-mana surau kebanyakkannya membaca Qunut Nazilah tambahan lagi kat Masjid USM Pulau Pinang, pada yang menyedari apa yang berlaku dengan saudara seagama kita di Gaza sekarang, pasti tidak lupa mendoakan dan memohonkan perlindungan dan kesejahteraan saudara kita di sana.

Qunut Nazilah ertinya Qunut kerana tertimpa musibah. Bila suatu negeri atau kampung tertimpa musibah seperti adanya penyakit menular, sakit yang kritikal atau dalam keadaan perang yang menyebabkan timbulnya kerusuhan-kerusuhan dan sebagainya, penduduk negeri tersebut disunahkan membaca Qunut Nazilah. Qunut Nazilah itu bukan untuk mengutuk, tetapi semata-mata untuk memhon perlindungan Allah dari sebarang bahaya.

Pada bulan Safar tahun keempat hijriyah, beberapa orang qurra’(yang hafal al-quran) dari golongan sahabat Nabi terbunuh kerana disiksa oleh kaum muysrikin di Telaga Maunah (satu tempat yang terletak di antara Mekah dan Usfan). Mereka yang terbunuh berjumlah 70 orang. Maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah (membaca qunut) setiap solat 5 waktu selama satu bulan berturut-turut.

Disunahkan bg makmum untuk membaca amin jika imamnya membaca doa qunut. Dalam sebuah hadith:

Ertinya:

“Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata, ‘Rasulullah SAW telah berqunut berturut-turut selama sebulan pada waktu solat zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh iaitu pada akhir tiap-tiap solat. Bila beliau berkata, “Sami Allahu liman hamidah” pada rakaat yang akhir, berdoa untuk suku-suku dan qabilah Bani Sulaim, iaitu Ri’I, Dzikwan dan Usaiyah, dan diaminkan oleh makmum di belakangnya (H.R Abu Dawud)

Hadis ini menunjukkan bahawa qunut Nazilah itu telah sahih diperbuat oleh Rasulullah SAW, dan bagi si makmum disunahkan mengaminkan di belakang. Adapun tentang menyapukan tangan ke muka tidak ada keterangan dari Nabi SAW.

Dalam sebuah hadith:

“Dari Ibnu Umar r.a bahawasanya ia telah mendengar Rasulullah SAW bila beliau mengangkat kepalanya dari ruku’ terakhir solat subuh, beliau berdoa. “Ya Allah, laknat (kutuk) si fulan, dan si fulan yang tidak disebuntukan namanya), sesudah beliau beliau membaca, “Sami Allahu liman Hamidah rabbana lakal hamdu.” Lalu Allah menurunkan ayatnya, “Itu bukan sekali-kali urusan kamu hai Muhammad, apabilaa Allah akan mengampuni mereka atau mengazab mereka sebab mereka orang yang aniaya.” (H.R Bukhari)

Dalam hadith ini jelaslah bahawa seorang yang membaca qunut Nazilah itu tidak boleh mengucapkan doa yang berisi kutukan, sebab kutukan atau ampunan itu hanyalah urusan Tuhan semata dan bukan urusan manusia. Manusia hanya dibolehkan memohon perlindungan-Nya dari bahaya sahaja

FIQIH IBADAH : MADZHAB AS-SYAFIE

Dpetik dari www.shukur.org

2 komen:

Anonymous said...
January 6, 2009 at 8:18 PM  

where you come from!

tin kosong said...
January 6, 2009 at 9:06 PM  

alor star..why???

Followers

Feed Burner

Sila click komputer berlari yer

atau masukkan emel korang untuk software dan trik menarik:

Delivered by FeedBurner