Sign In | Manage Account | Gmail

lawak curang

October 14, 2008 ·
pasni tin takleh update hari²..lgpun korang pun boring tiap ari da ja tin nak post kan???hehehe..so tin nk tggal lawak bodo kat korang suma..hehehe..

cerita nya bermula........
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.*acewah intro..

bermula la kisahnya........
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali!!?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

si isteri mula bercerita
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"


bermula nya percurangan
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, (*dh start rasa penin² di kepala)" Kali ke 2 pulak?"

percurangan ke2

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..(*si suami mcm nk tumbang dah..) yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah,

percurangan ke3
"Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."
(*si suami tumbang kat situ gak)

16 komen:

Aku-Ida said...
October 14, 2008 at 1:21 PM  

menyanyang... typo lalalalala..nan yang siang pau ke... lalalala ini lagi lawak

]¦•¦[ ŋ3ŝŁ0 ]¦•¦[ said...
October 14, 2008 at 1:39 PM  

oh..kesiannyer sang suami itu...wakakakakaaa

tin kosong said...
October 14, 2008 at 1:46 PM  

maunya tak kesian..curang 3 kali..tapi 3oo kali dah...errr...hahaha..

A j u E said...
October 14, 2008 at 2:03 PM  

248 undi?mak aih....ramainye

yashygsempoi said...
October 14, 2008 at 4:04 PM  

wakakkaka! gampang tol! adeyh~

Unavailable said...
October 14, 2008 at 5:24 PM  

curang 248+1+1=250 kali la....hehehhe

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...
October 14, 2008 at 6:00 PM  

wakakaka..cipan aje..
bertuah sungguh!
waA~

Anonymous said...
October 15, 2008 at 11:44 AM  

uih???sakan eh isteri dia nih..ahhahaha!!

mkaw77 said...
October 15, 2008 at 11:39 PM  

keke.. dasat btoi bini dier!!

chepsmore said...
October 16, 2008 at 12:10 AM  

peh..
250 kali..
gila la..

Anonymous said...
October 16, 2008 at 11:10 AM  

hik hik
:D

Anonymous said...
October 17, 2008 at 11:53 PM  

bini dye ssgop wat ape pn tok laki dye tuu..
bgos2x..
ahahkzz..

Anonymous said...
October 18, 2008 at 6:02 AM  

hehe.. bgos tul bini die tuh..
bpikir demi suami tchenta..
:D

Anonymous said...
October 19, 2008 at 3:35 AM  

gempak blog ko skang,
aku suka yg dulu, simple and nice, skang pening aku tgk, dah le ada window kecik kata ada virus..ek eleh~ hehehe
selamat hari raya,
hari raya ari tu aku tak leh tolong ko,
aku tak de tempat nak on9

Ir. hydir said...
October 19, 2008 at 3:00 PM  

heh...good joke :)

Anonymous said...
October 20, 2008 at 4:54 PM  

Lawak, mmg lawak. 5 tahun saya boleh ingat lawak ni.

Followers

Feed Burner

Sila click komputer berlari yer

atau masukkan emel korang untuk software dan trik menarik:

Delivered by FeedBurner